Senin, 21 Januari 2013

CNI Omega 3


OMEGA 3



Apakah Asid Lemak Omega 3

Terdapat tiga komponen utama asid lemak omega-3 iaitu:-
1) Asid O-Linolek (ALA)
2) Asid Eicopentaenoik (EPA)
3) Asid Dokosoheksonoik (DHA)

Asid lemak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-
1) Tepu (saturated)
2) Tidak Tepu (unsaturated)

Kebaikan Asid Lemak Omega-3 Terhadap Kesihatan Manusia
Antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia, selain mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung adalah:-
-Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi
-Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis
-Mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis
-Mengurangkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit yang kronik)
-Mengurangkan kadar kematian bagi pesakit buah pinggang
-Mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung pada insulin
-Meningkatkan fleksibiliti membran dan menggalakkan fungsi biologi
-Melambatkan proses penuaan dan penyakit autoimmum yang berkaitan dengan usia
-Menggalakkan kecerdasan fikiran

KEBAIKAN PENGAMBILAN MINYAK IKAN
Pengambilan DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak. Pada masa ini terdapat susu formula yang mengandungi DHA. Ia adalah langkah bijak memberi anak-anak kecil anda susu formula ini. WHO dan British Nutrition Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap kilogram berat bayi anda. Untuk bayi yang tidak cukup bulan WHO menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA. Pengambilan berlebihan minyak ikan yang diambil dari hati ikan (seperti Cod Liver Oil) semasa mengandung tidak digalakkan kerana ia mengandungi vitamin-vitamin A dan D yang tidak larut dalam air.
Produk fish oil bg ibu-ibu mengandung yang biasanya disyorkan oleh doktor-NEUROGAIN.

JENIS-JENIS MINYAK IKAN
Jenis-jenis minyak ikan yang berkhasiat

1. Minyak ikan yang disebut Cod Liver Oil, berasal dari hati dan lemak ikan yu serta mengandung Vitamin A , D dan triglisirida. Kedua vitamin ini sudah dikenal di kalangan doktor dan orang awam sebagai ubat untuk memperbaiki dan menyempurnakan pertumbuhan tulang dan kulit juga sebagai ubat pencegah dan penyembuhan untuk Xerophthalmia dan kebutaan.

2. Omega 3 adalah nama popular untuk minyak ikan yang mengandung campuran Eicosapentanoid acid ( EPA ) dan Decoxahexanoid acid ( DHA ) berasal dari ekstrak jaringan lemak ikan jenis Mackerel , Herring , Sardine dsbnya. Semua jenis ikan ini hidup di air permukaan. Omega 3 dikatakan berkhasiat untuk menurunkan kolesterol , menurunkan tekanan darah tinggi dan mencegah penggumpalan sel trombosit dan arteriosklerosis. Ia juga sesuai diambil oleh wanita-wanita hamil.

3. Squalene adalah minyak berasal dari ekstrak hati ikan yu botol ( Aizame , Spiny dog fish , Centrophorus atromarginatus Garman ) dam mempunyai kasiat dan manfaat selain untuk menjaga kesegaran dan kesihatan tubuh , tetapi juga dapat dipakai untuk pengubatan berbagai jenis penyakit antara lain.


Minyak ikan dan EPO untuk artritis
SAYA mengalami rasa tegang dan kejang sendi di jari tangan terutama pada waktu pagi. Sekali sekala saya dapat merasai sendi bengkak dan berasa sakit lebih ketara sejak enam bulan kebelakangan ini. Selepas pemeriksaan, doktor menyarankan untuk memulakan rawatan untuk artritis rheumatoid. Apa yang dapat membantu untuk masalah saya ini?

Jawapan:

Artritis reumatoid (RA) merupakan salah satu daripada penyakit autoimun, di mana sistem pertahanan badan menyerang sel-sel normal pada sendi dan kadangkala bahagian badan yang lain juga. Secara perbandingan, ianya lebih kerap dialami oleh kaum wanita berbanding lelaki.

Beberapa kajian merumuskan suplemen minyak ikan seharusnya dianggap sebagai sebahagian daripada terapi artritis.

Asid lemak omega-3 juga menghalang aktiviti enzim aggrecanases yang memecah rawan sendi. Penghidap artritis mempunyai profil asid lemak yang tidak normal dan kekurangan sesetengah asid lemak perlu.

Memandangkan tubuh tidak boleh menghasilkan asid lemak perlu, maka kita perlu mendapatkannya melalui diet dan pengambilan suplemen.

Asid lemak perlu (EFAs) yang terdiri daripada omega-6 dan omega-3 adalah nutrien yang penting dan mempunyai agen anti keradangan.

Kebolehan asid lemak omega-3 dan omega-6 dalam mengurangkan tindak balas keradangan merupakan mekanisme utama bagi mengurangkan simptom-simptom pelbagai jenis artritis.

Penyelidikan membuktikan kombinasi minyak ikan dan minyak evening primrose dapat melegakan ketegangan sendi pada waktu pagi dan bengkak sendi dengan berkesan.

Asid lemak omega-6 dan omega-3 dengan nisbah yang seimbang iaitu 4:1 baik untuk pesakit artritis. Dr. Joseph Pepping dari Honolulu, Hawaii menjelaskan bahawa keseimbangan 4:1 adalah penting kerana omega-6 yang berlebihan boleh menjurus kepada pembekuan darah, alahan dan masalah keradangan.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet mencadangkan kemerosotan sendi yang berkaitan dengan artritis boleh diperlahankan dengan pengambilan suplemen.

Ia menjelaskan kenapa suplemen seperti gabungan minyak evening primrose dan minyak ikan dalam nisbah 4:1 bermanfaat untuk merawat artritis.

Selain RA, kajian juga menyokong pengambilan asid lemak ini untuk kesihatan jantung. Kebaikan minyak ikan termasuk menurunkan tekanan darah dan paras trigliserida serta mengurangkan risiko aterosklerosis.
- Sumber diambil dari forum CNI

Tidak ada komentar:

Posting Komentar